Thursday, November 29, 2012

PETUA UNTUK RAMBUT CANTIK & SIHAT


 

Inginkan rambut sihat dan cepat panjang? NINA-HOME ada cara yang boleh dikongsi bersama. Jom semak.
1. Sekiranya rambut kamu rosak atau hujungnya bercabang,segeralah merapikan bahagian yang bercabang itu dengan memotongnya kerana ini merupakan langkah awal.

2. Jangan bersyampu setiap hari. syampu boleh mengurangkan minyak semula jadi yang dihasilkan oleh rambut dan ia sangat berguna untuk zat rambut. Sekiranya kamu tidak selesa kerana rambut mudah berbau, gunakan sedikit perapi agar rambut kembali wangi.

3. gunakan produk-produk penataan rambut sesedikit mungkin. Misalnya gel, volumizer, serum, semburan rambut dan sebagainya. Penggunaan produk yang terlalu kerap boleh membuatkan rambut keras sehingga kamu terpaksa memerlukan syampu untuk membersihkannya.

4. Minimumkan penggunaan peralatan yang panas seperti pengering rambut, pengeriting rambut dan pelurus rambut.

5. Gunakan sikat rambut untuk mengurut kulit kepala setiap malam. Lakukan gerakan memutar ke seluruh kulit kepala sekitar 15 minit. Setelah itu, sikat rambut kamu secara perlahan dari pangkal rambut sehingga ke hujung. Cara ini akan menyebarkan minyak semula jadi pada pangkal rambut ke seluruh rambut hingga ke hujungnya.

Resepi Dan Cara Membuat Durian Crepe !




cara membuat durian crepe, durian crepe

Durian Crepe telah menjadi salah satu fenomena di Malaysia. Durian Crepe Resepi menjadi trend pada waktu kini. Entri ini akan berkongsi cara membuat durian crepe.

Bahan-Bahan Membuat Durian Crepe
  1. Isi Durian (Buang Biji)
  2. 50g Tepung Gandum
  3. 1 Penutup Esen Vanilla..
  4. Pewarna ( Terpulang )
  5. 1 Sudu Besar Tepung Ubi Kayu
  6. 1 Biji Telur
  7. 3 Sudu Kecil Butter (Cairkan)
  8. 160 ml Air
  9. 40 ml Susu Cair
  10. 2 Sudu Besar Gula Halus  
Cara Membuatnya : 
Masukkan tepung gandum, tepung ubi kayu dan gula halus. Seterusnya, tuang susu cari dalam adunan tadi.
Kacau campuran tadi sehingga sebati
 Masukkan telur yang telah dikacau ke dalam campuran. Kacau campuran.
 Masukkan Esen Vanilla. Kacau Campuran.
 Masukkan air. Kacau campuran.
 Masukkan Butter cair. Kacau campuran.
 Masukkan pewarna. Kacau campuran sehingga sebati. Tapis campuran tadi.
 Panaskan non-stick pan. Ambil sedikit adunan dan tuang atas pan dengan lemah-lembut.
Gaur 150mL Fresh Cream atau Whipping Krim
Letakkan sedikit krim tadi diantara inti durian diatas crepe. Lipat dan Siap

SELAMAT MENCUBA...! 

 

RTM Jadi Penyiar Rasmi Perlawanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2012







Radio Televisyen Malaysia Penyiar Rasmi Siaran Langsung Piala Suzuki AFF 2012 

KUALA LUMPUR, 22 November – Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) menjadi penyiar rasmi bagi perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2012. Bola sepak piala Suzuki AFF diadakan dua tahun sekali dan berlawan secara timbal balas antara Malaysia dan Thailand. Perlawanan yang bersiaran secara langsung di TV1 bermula 24 November 2012 hingga 1 Disember 2012.  

Piala AFF , yang kini dikenali sebagai Piala Suzuki AFF 2012 dilaksanakan atas sebab penajaan yang telah menjadi edisi ke – 9  Kejohanan Bola Sepak ASEAN di Kejohanan Bola Sepak Asia Tenggara. Ia akan dihoskan oleh Malaysia dan Thailand yang akan berlangsung dari 24 November 2012 hingga 22 Disember 2012.

Mulai 24 November ini perlawanan pertama kumpulan A ialah diantara Thailand lawan Philipina , jam 9.00 malam secara langsung di TV1 manakala siaran tertunda bagi perlawanan antara Vietnam lawan Myanmar , jam 1.00 pagi di TV1. Sepanjang perlawanan , pusingan awal di peringkat kumpulan terdapat 6 perlawanan secara langsung dan 6 perlawanan tertunda. Di akhir perlawanan ( 1 Dis ) terdapat dua perminan iaitu secara langsung dan perlawanan tertunda.  

Majlis sidang media dihadiri oleh YBhg Dato’ Norhayati Ismail, Ketua Pengarah Penyiaran serta Ketua Penolong Pengarah Unit Sukan TV ,Encik Albert Khoo Cheng Chwee. Turut memeriahkan majlis, Setiausaha Agong Bola Sepak Malaysia ( FAM ), Lt. Gen. Dato’ Azzuddin Ahmad.  Sekali lagi, RTM mengucapkan setinggi pernghargaan buat penaja iaitu Toshiba dan NKRA.     



AFF SUZUKI CUP 2012
MATCH DATE/ DAY

MATCH NO.
MATCH
KICK OFF
THAILAND
TIME
KICK OFF
MALAYSIA TIME
TX
TIME & DATE
24.11.2012
(SABTU)
2
GROUP A
THAILAND vs PHILIPPINES
RAJAMANGALA, STD. BANGKOK
2020
2120
2100-0000
24.11.2012
(SATURDAY)
LIVE
1
GROUP A
VIETNAM vs MYAMMAR
RAJAMANGALA, STD. BANGKOK  
1730

1830

0100-0330
25.11.2012
(SUNDAY)
DELAY
25.11.2012
( AHAD)


4
GROUP B
MALAYSIA vs SINGAPORE
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

-

2045

2040-2300
25.11.2012
 (SUNDAY)
LIVE
3
GROUP B
INDONESIA VS LAOS
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

-
1800


0100-0330
26.1.2012
(MONDAY)

DELAY
27.11.2012
(SELASA)


6
GROUP A
MYAMMAR  vs THAILAND
RAJAMANGALA, STD. BANGKOK
2020
2120
2100-0000
27.11.2012
(TUESDAY)
LIVE AT TV2
5
GROUP A
VIETNAM vs PHILIPPINES
RAJAMANGALA, STD. BANGKOK
1730
1830

0100-0330
28.11.2012
(WEDNESDAY)
DELAY

28.11.2012
(RABU)
8
GROUP B
LAOS vs MALAYSIA
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
-
2045
2040-2300
28.11.2012
(WEDNESDAY)
LIVE
7
GROUP B
INDONESIA vs SINGAPORE
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
-
1800
0100-0330
29.11.2012
(THURSDAY)

DELAY
30.11.2012
(JUMAAT)
10
GROUP A
THAILAND vs VIETNAM
RAJAMANGALA, STD. BANGKOK
2020
2120
2100-0000
30.11.2012
(FRIDAY)
LIVE
9
GROUP A
PHILIPPINES VS MYAMMAR
SUPACHALASAI STD.BANGKOK
2020
2120
0100-0330
01.12.2012
(SATURDAY)
DELAY
01.12.2012
(SABTU)
12
GROUP B
MALAYSIA vs INDONESIA
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
-

2045

2040-2300
01.12.2012
(SATURDAY)
LIVE

11
GROUP B
SINGAPORE vs LAOS
STADIUM SHAH ALAM
-
2045
0100-0330
02.12.2012
(SUNDAY)
DELAY