Tuesday, November 23, 2010


Kursus Kenegaraan (BTN) di Ulu Sepri, Rembau Negeri Sembilan.

Monday, November 1, 2010

Melayu masih tidak pandai cakap ‘Excuse me ?’

Tumpang lalu….Maaf…Permisi….Beri laluan….EXCUSE ME….banyak ungkapan yang boleh digunakan untuk memohon laluan atau kalau nak tumpang laluan. Misal kata kita ni berdiri di lalutan manusia tentu lah kita dihimpit oleh ramai orang. Jadi bagi orang yang berjalan atau yang ‘lalu-lalang’ disebelah kita atau di belakang kita tentulah akan berlanggar antara satu sama lain. Kalau tak terlanggar bahu mesti terlanggar ‘bumper’ dan paling che Na geram bila terlanggar kepala. Itu lagi sakit hati..dah mula lah che Na nak marah. Tapi coretan ni bukan untuk Che Na marah-marah kan. Anggap saja coretan che Na ni untuk pengetahuan korang semua dari pengalaman che Na sendiri.
Kisah nye begini, satu hari che Na dengan ‘hubby’ che Na pergi membeli-belah tak ada lah nak kata kan shopping sakan tu tidak, tapi sekadar nak mencuci mata. Orang putih kata ‘window Shopping’ lah katakana. Biasalah sempena nak berhari raya ni, ramai lah orang. Semua kaum kerabat, satu keluarga dok angkut satu kampong turun ke kota nak shopping raya. Berlokasikan Masjid Jamek, umph…sudah tentulah ramai orang, sebut sahaja jalan Cow Kit orang dah tahu area tu dah sah tempat nak berkumpul nak cari itu ini nak cuci-cuci mata bukan setakat tu sahaja aktiviti, terlalu banyak tujuan orang akan datang ke sini.
Baiklah, che Na tak mau cerita lebih-lebih fasal Jalan Cow Kit kea tau Majid Jamek, nanti lari topic pula. Biasa lah kalau dah sesak, ramai orang berpusu-pusu, dengan cuaca panas terik matahari tegak atas kepada hai…tentu korang dapat bayangkan bagaimana keadaan nya kan. Badan che Na ni bukan sahaja panas, dah basah lenjan dek peluh..bau tak payah cakap lah. Kalau dah bau badan yang kurang enak, alamat terselamat la nampaknya haha..faham-faham jelah. Laluan yang sempit tu tiba-tiba saja jadi luas.
Che Na memang berhajat nak beli baju kurung Pahang untuk pakai hari raya ni. Bukan untuk che Na sorang saja tapi yea lah che Na ni ada keluarga besar jadi bila ahli keluarga masing-masing dah tau che Na ni dapat bonus RM500 umph..che Na pon apa lagi belikan 2 atau 3 pasang untuk emak dengan anak buah che Na yang sulung tu. Tengok punya tengok belek punya belek semua baju kurung kain cotton bercorak bunga-bunga yang tengah popular sekarang ni, che Na berkenan nak beli jugak. Aish.. rambang mata jugak la dok tengok pelbagai aneka rupa baju-baju kurung, baju melayu pon tak kurang hebatnya bergantungan di setiap gerai yang che Na singgah. Ada satu kedai ni menjual baju melayu khas untuk lelaki , dengan design yang baru dan samping nya pon tak kurang menariknya. Nak dijadikan cerita, che Na sedang asyik perhatikan kain samping bersulam emas tu tiba-tiba che Na terasa ada makhluk ntah dari mana tersentuh belakang bahu che Na dengan erti kata lain ada orang terlanggar che Na. Belum sempat che Na nak toleh orang tu berjalan dengan bersahaja tanpa meminta maaf. Berderau darah manis che Na ni kan..maklumlah kalau tak diikutkan bulan puasa cuaca panas pulak tu che Na nak je menjerit melenting kea rah pemuda itu. Tapi che Na sabar jer sebab che Na faham dan mengerti akan dugaan dalam bulan Ramadan ni. Jadi che Na hanya diam dan berkata-kata dalam hati ‘orang melayu masih tak pandai ucap Excuse Me…” . Bukan che Na nak kritik tentang budaya & budi bahasa orang melayu, tapi che Na nak beri nasihat dan nak berpesan pada anak muda bangsa melayu ni supaya jangan cepat lupa diri dan harus berpegang pada adat dan budaya ketimuran.
Teringat balik kejadian tadi..pemuda yang langgar che Na it uterus beredar dari tempat tu. Dengan tiada menunjukkan ‘expression’ wajah pemuda yang tidak berbudi bahasa atau senag cakap kurang ajar langsung tidak minta maaf apatah lagi nak ucapkan MAAF TUMPANG LALU..atau EXCUSE ME…kalau tak reti nak bahasa melayu. Kalau lah pemuda tu ucap kata-kata macam tu, sejuk hati che Na dengar baru la ada mood nak ber’shopping’.
Sejak insiden tu, che Na dah malas nak bersesak-sesak bila keluar membeli belah. Che Na bukan apa, untuk anak muda generasi yang akan datang, tolong la ini nasihat che Na berilah ucapan yang sebaik nya. Kita ni bangsa melayu kaya dengan adat ketimuran dan tatasusila yang penuh sopan . jadi jika hendak mengekalkan budaya itu, harus lah saling hormat – menghormati antar satu sama lain, jaga adab dan pertutulan serta tingkah laku walau diaman shaja berada. Kalau berat sangat lidah tu nak berkata-kata..senyum lah untuk penyambung silaturrahim kerana senyum itu sedekah dan senyuman juga penyembuh duka.