Sunday, February 13, 2011

APA LAGI YANG MEREKA MAHUKAN...?

Manusia memang tidak pernah merasai kepuasan, sudah terlalu banyak bukan sedikit tetapi amat-amatlah banyak diberikan kepada manusia yang tidak pernah bersyukur. Bukan hendak menyampaikan amarah yang bergolak dibenak sanubari blog ini, tetapi terlalu perit untuk menahan lagi situasi ini.

Apa lagi yang mereka mahukan, makanan? Tempat tinggal? Mahupun pendidikan…? Tidak cukup kah apa yang sudah ada sekarang? Setelah sudah sekian lama dan sehingga hari ini mereka telah memberikan segala-galanya kepada engkau yang selama ini menadah tangan sahaja…! Ada sahaja yang engkau mahukan, mereka tetap akan melaksanakan kehendak engkau.

Selama ini mereka dapat apa yang mereka mahukan. Dan pihak yang sentiasa memberi tetap mahu memberi juga. Walaupun mereka yang diberi itu sudah terlalu cukup pemberiannya, lengkap dan sempurna tidak perlu dibimbangi untuk terus berusaha untuk mencari. Yea, usaha…semua orang harus berusaha. Usaha tangga kejayaan. Alangkah letih nya mengungkapkan perumpamaan Usaha tangga Kejayaan…dan ada orang kata usaha tanpa berdoa bagaimana nak berjaya? Dan ada orang berpendapat usaha harus dimulakan dengan inisiatif dalam diri sendiri. Namun bagi aku, tanpa tangga bagaimana nak usaha? Kata usaha tangga kejayaan, harus ada tangga baru lah berjaya!

Sudah beberapa kali mereka mendapat bantuan. Baik batuan dari segi kewangan, peluang pendidkan, makanan, tempat tinggal dan berbagai lagi. Tapi sampai bila mereka ini nak mengharapkan bantuan sahaja? Menadah tangan tanpa sedikit pun tidak berusaha.

“ Sebuah keluarga yang berpendapatan sedehana, seorang ibu dan suri rumah, suaminya bekerja sebagai pemandu teksi. Mereka ada 3 orang anak yang masih menuntut, 2 orang masih menuntut di Universiti seorang yang bongsu masih belajar di sekolah asrama penuh yang tekemuka terbaik di Malaysia. Ketiga-tiga anak mereka ini adalah merupakan pelajar pintar dan terbaik di sekolah dahulu. Atas sebab usaha mereka dan usaha guru-guru yang mengajar mereka sewaktu di bangku sekolah mereka diberi penghargaan dengan tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti tempatan di Malaysia. Dan apabila mereka sudah berjaya dan sudah menamatkan pelajaran mereka pulang ke pangkuan keluarga dengan harapan untuk membalas jaga ibu bapa mereka. …”

“ seorang graduan lepasan ijazah di Universiti tersohor di Malaysia sedang mencari pekerjaan untuk mendapatkan kerjaya yang sesuai buat dirinya yang merupakan seorang graduan yang berjaya….” Masih menunggu harapan untuk mendapat tawaran bekerja di mana-mana institusi atau syarikat yang memerlukan khidmatnya dengan berlatarkan pendidikan tinggi yang dimiliki. Namun masih gagal mendapat perkejaan yang diimpikan. Adakah kerana statusnya sebagai graduan yang tidak mempunyai pemgalaman bekerja atau terlalu memilih pekerjaan? Mereka ini mahu kan pekerjaan atau mencari kerjaya impian? “

Dalam kes ini, adakah mereka ini masih mengharapkan bantuan? Sesungguhnya apa yang ada sudah cukup memadai. Tidak perlulah untuk meminta-minta daripada orang lain jika diri sendiri sudah culup dengan keperluan yang sedia ada. Kenapa masih mahu mengharapkan belas simpati daripada orang lain sedangkan diri sendiri cukup mampu dan sempuna untuk melaksanakan apa yang dihajati. Begitu lah lumrah manusia yang tidak pernah merasai kesyukuran. Walau sudah cukup kesemuanya dan sudah sempurna hidup ini tetapi masih tidak rasa puas!

No comments:

Post a Comment