Sunday, February 13, 2011

wanita yang disanjungi




Aku wanita punya hati nurani

Yang tak dapat dibohongi



Pabila cinta tlah membutakan mata

Dan membuat tuli telinga
Apakah salah jika aku menyinta



Apakah salah jika engkau ternyata

Pilihan hati

Belahan jiwaku ini
Cintaku ini anugerah terindah



Dari yang maha kuasa

Cintaku padamu tak pernah berubah

Meskipun kita berbeza
Apakah salah jika aku menyinta


Apakah salah jika engkau ternyata

Pilihan hatiBelahan jiwaku ini..


(Korus)Aku wanita aku kaum hawa

Yang memang rapuh hatinya

Aku wanita aku punya cinta

Selayaknya manusia
(Korus II)



Apakah salah jika aku menyinta

Apakah salah jika engkau ternyata

Pilihan hatiBelahan jiwaku ini..








Lirik ini begitu indah bagi mentafsirkan diri seorang wanita. Jika wanita ini di cipta untuk seorang lelaki , adakah kaum wanita patut disanjungi? Bagi ku wanita sangat istimewa, seorang wanita mahupun seorang perempuan begitu megah dengan pelbagai anugerah yang di miliki, sebagai ibu, sebagai isteri, anak dan puteri...?

Keistimewaan menjadi kaum hawa yang diciptakan oleh Allah SWT tidak dapat dinafikan. Aku kagum melihat seorang ibu yang berjaya memelihara 10 orang anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan bekalan didikan yang sempurna. Jiwa seorang ibu yang begitu kental dan semangat yang kuat tidak boleh disandang lagi, semestinya kaum hawa ini amat istimewa kerana jiwa nya yang lembut penuh dedikasi mendorong insan ini dikagumi dan terus disanjungi.

Hati wanita mudah tersentuh jiwa nya mudah tercalar. Kehadiran 'cinta' dalam diri mereka adalah satu anugerah yang amat bermakna dalam hidup insan bak permata di dunia ini.

Mungkin penulisan ku ini amat melampau, namun aku cuba untuk menonjolkan dan ingin meluahkan perasaan dari hati ku tentang sifat keistimewaan wanita yang patut disanjungi.

Aku patut meluahkan kata-kata yang begitu ekstream mengenai wanita. "Dunia ini penuh indah apabila dihiasi dengan sejambak bunya yang harum dan segar..."

Wanita patut disanjungi kerana memiliki sifat semulajadi yang unik. Walau tidak sempuna pun di mata seorang wanita, insan ini tetap memiliki sifat kesopanan, kelembutan dan penuh keibuan.

No comments:

Post a Comment