Tuesday, February 15, 2011

::: Dia Bukan Untuk Ku ::: Part 1

Tiada kata yang dapat digambarkan untuk melakar suatu perasaan yang telah dihiris sembilu berbisa. Tiada makna yang dapat ditafsirkan untuk menerangkan apa yang dirasai dalam hati ini. Perasaan bukan sekadar rasa dan ianya bukan lah mimpi. Jika ia nya adalah mimpi mungkin perasaan itu dapat dipadam terus dibuang jauh dan hilang.

Masih jelas tergambar wajah Harys ketika menyambut sejenis barang yang diserahkan dari tangan ku. Aku masih ingat lagi wajahnya ketika itu, petang di suatu tempat apabila dia di dalam kereta dan aku berdiri di luar. Waktu itu aku memberikan sesuatu yang aku pulangkan kepadanya dalam keadaan dia tergesa-gesa hendak pulang ke rumah dek kerana takut untuk menempuh kesesakan jalan raya. Sempat aku senyum padanya dengan harapan aku akan bertemu dengannya sekali lagi. Namun aku tidak menyangka pertemuan itu adalah pertemuan yang terakhir bagiku.

Harys adalah cinta pertama ku. Terlalu jauh kisah ku dengan Harys untuk aku sampaikan. Ia terlalu lama dan menjadi cerita lagenda dalam kisah percintaan ku. Aku percaya pada cinta pandang pertama. Dan aku pada cinta yang bakal diakhiri dengan ikatan cinta sejati untuk sehidup semati bersama. Namun aku bukan hamba cinta. Aku cuma mengagungkan dan pertahankan nadi cinta yang patut dinikmati oleh setiap insan di dunia ini.

Terlalu padat dalam fikiran ku untuk aku luahkan menerusi penulisan ku ini. Aku bukan lah penulis novel atau pencipta sajak. Aku juga bukan lah pencerita untuk mendongengkan kepada kanak-kanak. Aku cuma mahu menyampaikan buah fikiran ku dan pengalaman yang dirasai oleh ku untuk dikongsi bersama.



Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini

Hanyalah nestapa

Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau

Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu

Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimumerobek jantungku

Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatikuHingga ku terjatuh
Dalam harapanUuu…
Dalam harapan........




No comments:

Post a Comment