Wednesday, October 27, 2010

30 KUMPULAN LAYAK KE PERTANDINGAN AKHIR RENTAK JUARA

Tahniah dan selamat datang buat para pemenang yang terpilih menjadi peserta program realiti Pertandingan Akhir Rentak Juara 2010. Seramai 30 kumpulan yang terpilih menyertai pertandingan ini dan masin-masing 157 orang. Selama dua bulan bermula dari awal Januari hingga penghujung bulan Februari 2010, krew produksi Rentak Juara bertungkus lumus mengelilingi semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak mencari bakat peserta-perserta yang menantikan peluang menjadi bintang kumpulan muzik dalam Pertandingan Akhir Rentak Juara.

Tidak kira, kumpualn pemuzik amatur atau profesional, semangat Rentak Juara 2010 dengan cogankata ”Julang Jati Diri” kini muncul kembali dengan semangat yang baru menanti kehadiran kumpulan-kumpulan ini yang bakal bersaing mulai konsert Suku Akhir Pertama pada 1 Mei 2010, jam 8.30 malam di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur. Julang Jati Diri bermaksud setiap kumpulan muzik (band) yang dipertandingkan harus mempunyai jati diri dan berpegang teguh pada prinsip dan identiti diri seterusnya mengangkat martabat bangsa. Selain itu, demi memegang amanat Perdana Menteri Malaysia dan YBhg Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan penggunaan cogankata Julang Jati Diri amat sesuai dengan menyahut cabaran para peserta untuk mengekalkan semangat dan jati diri bangsa Malaysia serta berpendirian teguh kepada agama,bangsa dan negara. Oleh yang demikian ”Julang Jati Diri” mentafsirkan sejauh mana kita melangkah maju, kita harus ingat pada asal usul dan mendukung martabat bangsa dan agama.

Sebanyak enam kumpulan yang layak menyertai pertandingan ini antaranya D’Rough Mixture, Zabarjad,Nakal,Yudisthira, Mistaken serta The Crown semuanya dari Johor Bahru. Manakala kumpulan-kumpulan dari Kuala Lumpur diantaranya Bintang, Enava, Jesselton, Superfriend’s, Anthem, Car Crash Hearts, Kugiran Aweera, Razor, Sons Of Adam, Reversed Head, Enigmatic – Six (E-6) dan Alternature.
Selain itu, kumpulan dari Melaka yang memperkenalkan enam kumpulan antaranya Brownees, Project 2000, Puterasari , Spirit C, Chemistry serta HB Four Six yang berjaya menjadi peserta pertandingan ini. Pencarian beberapa kumpulan dari bahagian Utara Semenanjung Malaysia juga tidak ketinggalan menjadi peserta dalam pertandingan ini. Peserta dari Perak berjaya melayakkan kumpulan mereka yang masing-masing antaranya kumpulan Silversound dan Symbolic. Manakala satu kumpulan sahaja dari Kedah iaitu kumpulan X-Treme’z.
Dari Negeri Sabah dan Sarawak berjaya melayakkan kumpulan masing-masing iaitu dua kumpulan dari Sabah antaranya Kumpulan The Fingers dan Run-Now manakala, dari Sarawak merupakan kumpulan bernama Fatboyz Slim.

Dalam pertandingan ini 30 kumpulan akan dipilih yang layak menjadi peserta RJROF 2010 kemudian setiap kumpulan akan bertanding dalam konsert mingguan selama 6 minggu berturut-turut . Sebanyak 5 kumpulan akan dipertandingkan dalam setiap konsert mingguan dan setiap kumpulan akan mempersembahkan lagu masing-masing dan dinilai oleh para juri professional. Selepas itu, sesi penggundian dan penyingkiran buat para peserta akan diumumkan pada setiap minggu konsert.
Kumpulan yang berjaya akan meneruskan persembahan mereka hinggalah ke peringkat separuh akhir pertama dan kedua. Jika peserta gagal melayakkan diri ke peringkat akhir, penggundian secara SMS akan dilakukan menerusi konsert Peringkat Separuh Akhir SMS sebelum berjaya ke Peringkat Akhir Rentak Juara 2010.Pada peringkat akhir RJ 2010, seramai 8 kumpulan akan berentap bagi merebut gelaran Juara RJ2010.
Konsert ini akan disiarkan secara langsung dari Auditorium Perdanan, Angkasapuri dan bersiaran pada jam 8.30 malam, setiap hari Ahad di TV2.

Rentak Juara 2010 kembali dengan tag-line baru iaitu Julang Jati Diri memberi peluang kepada para pemuzik berkumpulan profesional dan amatur berentap di atas platform yang sama, mengenengahkan bakat-bakat mereka dalam penciptaan lagu-lagu sendiri dan memperjuangkan lagu-lagu ciptaan tempatan dalam bahasa Malaysia sahaja.
Pemilihan seramai 30 kumpulan ini bukan sahaja memiliki bakat dan kreativiti dalam bidang muzik sahaja malah mereka ini dianugerahi oleh keupayaan mencipta lagu dan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam membentuk kumpulan muziknya yang tersendiri.
30 kumpulan ini telah menyertai Bengkel Apresiasi muzik, Vokal, sesi Grooming dan Sidang Media bagi Pertandingan Akhir Rentak Juara. Bengkel tersebut telah diadakan pada selama 2 hari iaitu pada 17 hingga 18 April 2010.
Dalam pengisian bengkel tersebut para peserta dibeli beberapa sesi taklimat dan pembelajaran tentang penjagaan Imej dan Personaliti,Grooming dan Solekan, Etika Pemakaian di RTM, Taklimat Muzik serta Taklimat Sistem Pemarkahan Rentak Juara 2010.

1 comment: