Wednesday, October 27, 2010

GABUNGAN LIMA PERSONALITI RTM KONGSI PENGALAMAN HARI RAYA DALAM BULAN KEMERDEKAAN

Kemeriahan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi merupakan saat yang paling dinantikan oleh semua umat islam di Negara ini. Tahun ini kita amat bertuah kerana sambutan hari raya disambut dalam bulan kemerdekaan. Walaupun ulangtahun kemerdekaan jatuh pada tanggal 31 ogos, namun bulan patriotik ini tetap terasa bahangnya menjelang bulan syawal yang penuh kemuliaan. Bersesuaian dengan tema 1 Kenikmatan Sejuta Pengertian Radio Televisyen Malaysia (RTM) kini melahirkan rasa kesyukuran atas dua perayaan yang bakal disambut buat semua warga Malaysia.
Kenikmatan perayaan Aidilfitri menemukan lima sahabat dari pelbagai bangsa dan agama juga merupakan personaliti dari RTM. Keluaran ini menceritakan tentang kisah dan pengalaman Ivan Toh, Norashikin Abd Rahman, Beatrice Krishnan, Muaz dan Siti Murni Abdul Aziz . Ternyata mereka ini mempunyai agenda tersendiri tentang persiapan menjelang Aidilfitri.
Bersesuaikan dengan konsep 1Malaysia di Negara ini, sambutan Aidilfitri bukan sahaja diraikan oleh masyarakat melayu yang beragama Islam, malah turut di rasai oleh kaum bukan melayu juga. Realitinya di Negara kita ini kaya dengan adat dan budaya ketimuran yang harus di contohi oleh semua lapisan masyarakat. Seperti yang kita lihat di Malaysia , perayaan yang diadakan oleh kaum agama yang lain juga turut dirasai dan saling berkongsi kemeriahan antara satu sama lain.
Sambutan hari raya turut dirasai oleh seorang peyampai berita TV1 dan kini merupakan editor meja bahasa melayu di Unit Berita RTM , siapa lagi jika bukan Ivan Toh jejaka berbangsa Cina yang petah berbahasa melayu yang biasa kelihatan di kaca TV sewaktu beliau menyampaikan berita nasional dan membuat liputan secara langsung di beberpa majlis rasmi dan sewaktu siding di Parlimen.
Penyampai Radio MUZIKfm dan juga pengacara Diva @ 1 di TV1 mentafsirkan Hari Raya Aidilfitri adalah hari untuk kita meraikan kemenangan setalh sebulan berpuasa, selain bersama keluarga Aidilfitri juga mengingatkan kita kepada mereka yang kurang bernasib baik, selain membantu mereka, ianya akan membuatkan kita setiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. masa ini juga kita dapat bertemu sanak saudara serta mengeratkan tali siratulrahim. Bila ditanya tentang persiapan raya tahun ini, Muaz akan menyambut secara sederhana oleh kerana tahun ni muaz terpaksa berkerja, dan pada bulan 10 nanti adik muaz akan melangsungkan perkhawinan, jadi tumpuan diberikan lebih kepadanya.
Berbeza pula dengan Siti Murni atau lebih mesra digelar Uni oleh rakan-rakan di RTM. Walaupun sibuk dengan tugasan di luar dan kadang kala terpaksa membuat liputan berita di saat akhir Uni tetap menjalani ibadah puasa dan turut meluangkan masa bersama ahli keluarga untuk persiapan raya. Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini merupakan wartawan penyiaran dan wajah manis ini juga sering kelihatan di kaca TV1 terutama sewaktu menyampaikan Berita Nasional, Berita Wilayah serta Berita Parlimen. Kerjaya beliau bermula seawal tahun 2006 merupakan salah seorang penyampai berita yang paling muda di RTM dan tidak mustahil bakat beliau sebagai pembaca berita tambahan lagi sewaktu melakukan lintas langsung di Parlimen adalah satu cabaran buatnya.
Menyentuh tentang persiapan raya, tahun ini agak hebat sedikit, kerana setelah tiga tahun Uni tidak dapat beraya bersama keluarga pastinya banyak persiapan yang hendak dibuat. Yang palin seronok Uni dapat menghasilkan sampul raya dan kad raya dengan wajah Uni sendiri tahun ini eksklusif untuk orang yang teristimewa, sahabat, penyokong dan pelanggan bagi peniagaan Uni tambah beliau yang juga merupakan Duta Ainn’s Scraves dan model fesyen tudung dan busana Muslimah.
Setia dengan RTM, Penyampai Berita yang memiliki wajah jelita dan tidak makan usia siapa lagi Norashikin Abdul Rahman atau mesra dipanggil Shikin menyifatkan zaman sewaktu beliau bertugas pada tahun dahulu tidak jauh berbeza pada tahun sekarang ini. Beliau yang sudah 14 tahun berkecimpung dalam dunia penyiaran lebih serasi sebagai pembaca berita sepenuh masa. Pengalaman beliau di bahagian berita banyak mengajar beliau tentang disiplin dan peraturan dalam menghargai masa lebih-lebih lagi sewaktu menjadi seorang yang berada di hadapan lensa kamera sewaktu meyampaikan maklumat kepada orang ramai. Ditanya adakah beliau berasa ditindas atas kehadiran ikon-ikon baru yang bakal menandingi beliau di RTM ? jawab beliau, dia tidak akan berasa sedemikian apatah lagi berasa tertekan atas cabaran itu. Namun beliau sendiri tidak mungkin mempersoalkan tentang perkara remeh yang menyentuh tentang politik pejabat malah beliau gembira dengan kerjaya impiannya. Atas tanggungjawabnya sebagai penyampai berita Shikin bersyukur dengan bakat serta rezeki yang diperolehinya, tambah beliau yang amat terbuka tentang soal ini dan kelihatan lebih gembira bila digandingkan dengan ikon – ikon baru RTM sewaktu sesi fotografi.
Disentuh tentang pengertian Aidilfitri, ianya lebih kepada menginsafi dan mensyukuri nikmat Allah swt,setelah sebulan berpuasa,hari raya adalah hari yang patut kita raikan bersama ibu bapa,adik beradik,sanak saudara dan sahabat handai,ia juga adalah hari untuk kita semua berkumpul dan bermaaf-maafan atas segala kesilapan yang telah kita lakukan samaada sengaja atau tidak. Selain itu, Shikin juga turut berkongsi sedikit tentang pengalaman berpuasa pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya yang tidak jauh berbeza dari tahun yang sebelumnya. Dari segi persediaan juadah berbuka juga sama,kami sering mengamalkan perbelanjaan berhemah dan segalanya serba sederhana untuk mengawal perbelanjaan dan mengelakkan pembaziran, terang beliau yang akan pulang beraya di rumah ibu bapanya di shah Alam.
Anak kelahiran Bau Sarawak memiliki wajah kacukan india dan Bidayuh. Pendatang baru dalam dunia penyiaran Beatrice krishnan kini bertugas sebagai pembaca beita dan wartawan penyiaran bagi berita sukan di TV1 pernah mengikuti program dan juga salah seorang finalis perogram realiti Penyampai Ikon terbitan RTM tahun lepas selama 3 bulan. Sejurus selepas itu, dengan bakat serta ilmu yang ditimba beliau diangkat sebagai pembaca berita dan wartawan penyiaran di RTM.
Menyentuh tentang ibadah puasa yang diamalkan oleh rakan-rakannya yang beragama Islam, beliau sendiri tidak berasa janggal apatah lagi untuk menghormati amalan tersebut. Menurut pengalamannya beliau pernah berpuasa ketika menuntut di sekolah menengah sains kuching lagi. Saya dikeliling rakan sekolah asrama yang beragama islam. Sehubungan kerana menghormati tuntutan agama mereka adakala saya dan rakan bukan muslim yang lain turut berasa berpuasa dan berbuka. Ujar Beatrice.

No comments:

Post a Comment