Thursday, October 28, 2010

Bila Orang Tidak Faham Kerja Kita

demam rindu~ aku merindui mu wahai Angkasapuri, tet tet tet pass card keje, rindu dgn lif opis yang boleh bercakap dan paling rindu dgn jadual...biarla apa diorg kata RTM ni hado..tp tu tempat aku cari sesuap nasi, i dont care!
Bukan nak kata tempat kerja kita lagi best, tapi itu lah bidang kerjaya yang aku impikan. Menjadi seorang penerbit rancangan di sebuah stesen TV bukannya mudah. Suatu skop pekerjaan yang luas dan bidang ini boleh dikatakan sangat popular. Bagi pemilik ilmu dalam bidang penyiaran & kewartawanan ini lah masanya untuk mereka menceburkan diri dalam kerjaya ini seperti penerbit rancangan, wartawan penyiaran, penyunting, pengarah, penyampai berita, penyampai radio dan sebagainya. Banyak jenis kerja nak buat kat stesen TV tu...bukan jadi kerani jer. Kalau orang macam kami yang Gerd B ( bakat dan Seni ) boleh pergi jauh dan pergi ke bidang lain pulak.
Tapi adalah umat ni fikir, stesen TV ni tak se’busy’ macam company yang dia bekerja sekarang ni. Maklumlah dengan memegang kuasa yang besar dan duduk di kerusi Assistant Manager atau dalam bahasa melayu, Penolong pengurus memang besarlah pekerjaan dia tu. Ok, bab kisah ni aku tak mahu cerita lebih-lebih..yang perkara tu aku akan buat tajuk baru dalam catatan lain pula.
Hendak aku terangkan lagi tentang penyiaran..mungkin ramai yang tak mengerti lagi tentang jon spec atau jenis tugasa ni stesen TV yea.mungkin bila orang itu akan bekerja di stesen TV dan memikul tanggungjawab sebagai pengarah atau penerbit sesuatu program atau majlis, yup..masa tu baru orang itu tau langit tinggi atau rendah.

1 comment:

  1. Kalau diikutkan, semua kerja sama saja sibuknya. Hatta kalau bekerja di atas lebuhraya sebagai penyelenggara pun sama sibuknya. Bezanya, jadi Asst Manager, duduk dan kerja dalam pejabat yang ada air-cond.. Menyelenggara lebuh raya duduknya sepanjang lebuh raya diteman terik mentari.. Kalau kita suruh Asst Manager duduk di bawah panas mentari mesti tak sanggup. Begitu juga si penyelenggara kalau diminta berada di dalam air cond pasti tak selesa. Pokok pangkal semua pekerjaan sama saja. Diri ini pernah merasa bagaimana perasaan menjadi kuli, menjadi bahan laha bos, menjadi bos yang melaha orang, penerbit, wartawan, penyunting, pensyarah.. Semua dah pernah ku rasa.. Jadi, pada yang rasa bila pegang jawatan besar lebih banyak kerja dari orang lain, ANDA silap.. Orang lain pun sama banyak kerja macam kita.. Fikirlah.. Tanyalah pada orang lain, sebab setiap pertanyaan itu pasti ada jawapannya.

    ReplyDelete