Wednesday, October 27, 2010

MAJLIS SIDANG MEDIA PROGRAM KHAS AIDILFITRI 2010 : RTM SIAR 189 PROGRAM MENARIK SEMPENA AIDILFITRI

Berbeza dari tahun yang sebelumnya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kali ini memberikan inspirasi Aidilfitri dengan pelbagai program menarik sepanjang bulan syawal khas buat tontonan umum di musim perayaan. Variasi filem-filem menarik yang penuh warna warni menyajikan drama bersiri, telemovie, muzikal dan rancangan kanak-kanak menghiasi siaran TV1,TV2. Radio RTM dan saluran 180 Muzik Aktif di musim perayaan ini.

Bertemakan 1 Kenikmatan Sejuta Pengertian sebanyak 189 program khas sempena hari raya Aidilfitri disiarkan di saluran TV1,TV2 dan saluran 180 Muzik Aktif serta stesen Radio RTM . Jumlah yang hampir 200 program ini termasuk 87 program TV, 102 program Radio dan 4 slot menarik dari Muzik Aktif.

Justeru bagi memperkenalkan program-program menarik sempena Aidilfitri satu Majlis Sidang Media Khas Program Khas Aidilfitri 2010 diadakan pada 26 Ogos 2010 (Khamis) jam 6.00 petang.
Majlis yang diadakan di Auditorium P.Ramlee , Wisma Radio Angkasapuri dihadiri oleh YBhg Datuk Ibrahim Yahaya, Ketua Pengarah Penyiaran serta pengarah-pengarah bahagian TV dan Radio.
Turut menyerikan majlis tersebut, wakil-wakil produksi TV dan para artis yang terlibat dalam beberapa program khas raya hadir bersama di majlis sidang media Aidilfitri.

Majlis sidang media ini diadakan bersama majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan media dan wakil produksi TV. Bermula jam 6.00 petang sejurus ketibaan YBhg Ketua Pengarah Penyiaran majlis dimeneruskan dengan acara persembahan artis serta persembahan showreel program raya seterusnya sidang media dan sesi fotografi.

Bagi menyemarakkan sepanjang Aidilfitri sebanyak 54 program menarik disajikan buat penonton setia di Saluran Informasi TV1 manakala 29 program lagi disiarkan di saluran Dunia Ria TV2 yang mewarnakan variasi 83 program muzikal, filem,program kanak-kanak, drama,telemovie serta majalah dan dokumentari yang penuh dengan keceriaan dan warna warni Aidilfitri. Pastinya kesemua program ini bakal memberikan segala info serta hiburan yang penuh pengisisan serta mesej yang berguna buat tontonan umum menjelang Aidilfitri tahun ini.

Bagi stesen Radio RTM, sebanyak 23 program bakal keudara bermula pada malam raya sehinggalah ke hari raya keempat. Istimewanya, setiap stesen ini akan menemani pendegar setianya dengan beberapa slot menarik. Antaranya Stesen Radio Muzik FM dengan program Duit Raya MUZIKfm, Klasik Nasional ( Simpulan Kasih Lebaran), KLfm ( KL Aktif ), ASYIKfm (Tautan Kasih Di Aidilfitri), TRAXXfm (Have An Amazing Raya With TRAXXfm and Kids From Budimas), AIfm (Nostalgia Kacang Putih), MINNALfm (Forum Khas Mencari Keampunan) dan SELANGORfm (Cubit-Cubit Manja Khas Aidilfitri).

Tidak ketinggalan Muzik Aktif saluran 180 ASTRO juga dijanjikan menemui penonton yang meminati pelbagai muzik pilihan dan video clip raya menerusi empat slot istimewa Aidilfitri iaitu slot: BINGKISAN WARNA WARNI, slot: FENOMENA AKTIF, slot: HORE-HORE RAYA dan slot IRAMA LEBARAN.

Bagi program berbentuk Muzikal pula, terdapat 21 program khas muzikal iaitu 10 program di TV1, 7 program di TV2 dan 4 di saluran Muzik Aktif 180 Astro .
Antara slot muzikal yang disiarkan di TV1 ialah :
- Syoklah Raya (10 September 2010, jam 9.30- 11.30 malam)
- Konsert Adik-adikku ( 10 September 2010, jam 10.05 – 11.00 pagi)
- Meriah Raya Bersama Bintang ( 10 September 2010, jam 3.05 – 5.00 petang)
- Diva 2 Era ( 11 September 2010,jam 6.00 petang – 7.00 malam)
- Konsert CT 15 ( 11 September 2010,jam 9.30 – 11.00 malam)
- Bila Syawal Berseru (12 September 2010,jam 12.05 – 01.00 tgh malam)
- Konsert Ella ( 12 September 2010, jam 9.30 – 11.00 malam)
- Muzika Aidilfitri ( 13 September 2010, jam 3.05 – 4.00 petang)

Di TV2 saksikan siaran langsung Raya Sama-Sama sebuah rancangan muzikal yang memberi peluang kepada penonton untuk menyampaikan ucapan Hari Raya secara langsung. Gandingan pengacara Nabil dan Irma Hasmie menemani penonton pada malam raya 9 September 2010,jam 11.00 malam hingga 1.00 pagi. Selain itu, penonton juga dihidangkan rancangan muzikal raya antaranya :
- Konsert Aku Cinta Padamu..Shiela Majid (11 September 2010,jam 10.30 – 12.00t.hari)
- Konsert Hujan VS Bunkface (
- Konsert Dir Suara 1 Malaysia Koir Kebangsaan (
- Cinta Lemang & Raya ( 10 September 2010,jam 10.30 pagi – 12.00 t.hari)
- Joget Lebaran (10 September 2010, jam 4.30 – 5.30 petang )
- Celoteh Aidilfitri ( 12 September 2010, jam 2.30 – 3.30 petang)
- Muzikal Kanak–Kanak : Balik Kampung...Pulang Bandar (10 – 11 September 2010, jam
- 9.00 – 9.30 pagi)
- Khas Aidilfitri : Raya Sekarang.... (10 September 2010, jam 10.00 – 10.30 pagi)
-
Kepelbagaian drama-drama dan telefilem di TV1 dan TV2 memberikan kepuasan buat penonton yang meminati drama melayu dengan pengisian komedi,keceriaan dan dramatik yang memberikan pengajaran dan nilai-nilai murni kemasyarakatan di negara kita. Terdapat 33 drama khas serta drama brsiri di saluran TV1 dan TV2.

Di TV1, penonton berpeluang menyaksikan 23 slot drama bersiri, drama hebat dan telefilem menarik disediakan antaranya Drama bersiri slot Mahligai bertajuk Nur Kasih Di Jabal Rahmah yang disiarkan pada 10 – 13 September dan 15 – 16 Septemebr 2010 dan bersiaran pada hari Sabtu, 18 September 2010 jam 9.00 malam. Drama ini mengisahkan Wanda (Ziana Zain) seorang setiausaha yang bercita-cita mencari calon suami berbangsa Inggeris. Siapakah menjadi calon pilihan Wanda semasa berdoa di Jabal Rahmah? Tidak kurang hebat telefilem pada hari raya pertama 10 September 2010, slot Nurani bertajuk Doa Ramadan yang disiarkan pada jam 11.05 pagi hingga 1.00 tengahari. Doa Ramadan sebuah cerita yang pasti menyentuh hati mengenai seorang anak bernama Aiman yang merindui kasih sayang seorang ayah yang mempunyai dua keluarga. Sikap ayahnya yang asyik lebih kepada keluarga keduanya, menyebabkan Aiman kesepian dan tidak mendapat kasih sayang yang sempurna. Menjelang tibanya Syawal Aiman telah bekerja demi mengumpul wang bagi membayar gaji sehari ayahnya berjumlah RM 200 supaya ayahnya dapat balik bercuti berhari raya bersamanya.

Antara yang lain, drama khas sempena raya di TV1 :
- Slot Mahligai Nur Kasih Di Jabal Rahmah (10-13 dan 15 – 16 dan 18 September 2010, jam 9.00 malam)
11 telefilem menarik menanti penonton antaranya :
- Cahaya Lailatul Qadar (menjelang Syawal, 1.00 – 3.00 pagi)
- Terbuang Di Malam Raya (menjelang Syawal, 4.00 – 6.00 pagi)
- Slot Nurani : Doa Ramadan (10 September 2010,jam 11.05 – 1.00 t.hari)
- Slot Nurani : Ampunkan Aku Suami (17 September 2010,jam 11.05 – 1.00 t.hari)
- Slot Panggung 1 : Syubhah (11 September 2010, jam 3.05 – 5.00 ptg)
- Slot Panggung 1 : Di Pintu Barzakh (18 September 2010, jam 3.05 – 5.00 ptg)
- Slot Panggung 1 : Gugurmu Di Tangkai Madu ( 25 September 2010, jam 3.05 – 5.00 ptg)
- Panggung Seri : Senandung Semalam ( 18 September 2010, jam 9.30 – 11.00 malam)
- Panggung Ahad : Ramadan ( 12 September 2010, jam 10.05 pagi – 12.00 t.hari)
- Panggung Ahad : Mek Salmah Ratu Budu ( 19 September 2010, jam 10.05 pagi – 12.00 t.hari)
- Panggung Ahad : 3 Neng ( 26 September 2010, jam 10.05 pagi – 12.00t.hari )

Istimewa buat penonton dengan hidangan drama cinta dalam slot Ceritera Cinta, 7 slot menarik menanti anda bermula dari 11 hingga 19 September 2010 dari 2.05 hingga 3.00 petang selama 7 hari berturut – turut menemani penonton di TV1 antaranya Tika Cinta Berbisik yang disiarkan pada 10 September 2010, jam 2.05 petang. Drama ini mengisahkan perkahwinan Amir dan Hana atas pilihan keluarga. Kehidupan mereka penuh dengan kepura-puraan kerana mereka bukannya pasangan bahagia dan terpaksa berlakon bahagia apabila di hadapan keluarga. Semasa percutian rahsia masing-masing telah terbongkar siapa sebenar kekasih hati mereka. Saksikan kesudahan kisah mereka dengan pelakon muda berbakat Gambit dan Tania Hudson.

Antara ceritera cinta yang lain :
- Cinta Terlepas Pandang (11 September 2010, 2.05 ptg)
- Dekat Padaku ( 12 September 2010, jam 2.05 ptg)
- Pondok Ingatan Cinta ( 13 September 2010, jam 2.05 ptg )
- Putera Siput (14 September 2010, jam 2.05 ptg)
- Gamitan Bayu Kasih ( 15 September 2010,jam 2.05 ptg)
- Impian Cinta ( 16 September 2010, jam 2.05 ptg)

Variasi drama-drama dan telefilem di TV2 tidak kurang hebatnya. Terdapat 10 program yang disediakan seperti Telemovie Khas Raya : Ragam Menantu, Syawal Buat Bonda, dan Drama Khas Raya : Selamat Hari Raya Bapak dan Rendang Ayam Pencen. Keceriaan dan hiburan buat seisi keluarga di serikan lagi dengan kepelbagaian drama komedi dari Unit Drama TV RTM dan Drama Swasta (Perolehan Luar) antaranya :
- Drama Khas Raya : Selamat Hari Raya Bapak (10 September 2010, jam 6.00 – 7.00 petang)
- Drama Khas Raya : Menantu Raya ( 11 September 2010, jam 6.00 – 7.00 petang)
- Drama Khas Raya : Kamar 5 Bintang ( 12 September 2010, jam 6.00 – 7.00 petang)
- Komedi Raya : Rendang Ayam Pencen ( 10 – 12 September 2010, jam 5.30 – 6.00 petang)
- Telemovie Khas Raya : Setulus Kasihmu ( 9 September 2010, jam 12.30 – 2.30 petang)
- Telemovie Khas Raya : Ragam Menantu ( 9 September 2010, jam 9.00 – 11.00 malam)
- Telemovie Khas Raya : Sandaran Kasih ( 10 September 2010, jam 12.30 – 2.30 petang)
- Telemovie Khas Raya : Syahdu Yang Dirindu ( 12 September 2010, jam 3.30 – 5.30 petang)
- Mustika : Syawal Buat Bonda ( 18 September 2010, 10.00 pagi – 12.00 t.hari)
- Panggung RTM : Perempuan ( 12 September 2010, jam 12.30 t.hari – 2.30 petang)

Penonton pasti terhibur denga darma komedi yang melucukan dalam Drama Khas Raya bertajuk Kamar 5 Bintang. Ia mengisahkan seorang ibu yang akan menyambut kepulangan 3 orang anaknya yang telah bekeluarga untuk berhari raya di kampung. Namun, rumah tersebut hanya mempunyai sebuah bililk sahaja yang akan menjadi rebutan anak-anaknya. Saksikan kisah lucu mereka seterusmya bersama lakonan Rozita Che Wan dan Norman Hakim yang akan disiarakan pada raya ketiga, 12 September 2010 (Ahad) , jam 6.00 hingga 7.00 petang di saluran Dunia Ria TV2.

Selain itu terdapat 4 rancangan kanak-kanak yang mencuit hati diantaranya Syawal Datang lagi yang bertajuk Prit...Prit Raya rancangan khas kanak-kanak yang berkonsepkan Game Show yang mana ia melibatkan 6 orang kanak – kanak yang berumur antara 9 tahun hingga 12 tahun dan juga dua orang pengacara artis tempatan iaitu Rini dan Muaz. Kanak-kanak ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Dodol dan Kumpulan Bahulu. Mereka akan bersing antara dua kumpulan tersebut bagi memenagi setiap aktiviti yang telah dirancnagkan. Saksikan gelagat kanak-kanak ini dalam Prit...Prit Raya yang disiarkan pada hari raya kedua, 11 September 2010, jam 10.05 hingga 11.00 pagi di TV1.

Ceriakan perayaan anda dengan program-program menarik sepanjang Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara tersayang dan bayak lagi rancangan sempena Aidilfitri menanti anda sekeluarga. Seperti Rancangan Remaja, Dokumentari , Majalah dan Bicarawara di TV1. Jangan ketinggalan menonton RTM dengan empat siaran di TV1, TV2, Muzik Aktif dan Radio RTM. Radio Televisyen Malaysia dan seluruh warga RTM mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Dan Batin.

No comments:

Post a Comment