Wednesday, October 13, 2010

Apakah Perasaan Itu Mungkin...?

Sememangnya sudah fitrah atau sudah menjadi lumrah setiap yang berlaku pasti memberikan kesan yang mendalam dalam diri kita. Dan setiap kali ianya terjadi mahupun apa jua perkara yang berlaku barangkali membawa cerita dan pengalaman yang tersendiri. Mungkin setiap perkara yang berlaku tidak serupa dengan apa yang dialami oleh setiap manusia.
Aku juga punya perasaan yang serupa…dengan bicara ku kali ini Adakah Perasaan Itu Mungkin ? ia bukannya satu persoalan tetapi soal hati. Cerita lama pasti akan berlalu sedikit demi setikit memakan waktu meniti hari demi hari ianya menyimpan seribu nostalgia kehidupan
Pertemuan ku dengan sahabat lama memberi banyak memori dan kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Pelbagai cerita dan peristiwa dibicarakan bersama tatkala menyingkap kisah suka duka sewaktu pertemuan dahulu. Bagi aku sahabat atau kawan baik semua amat bermakna buat ku. Aku bukanlah seorang yang mementingkan diri sehingga melupakan persahabatan, tetapi bagi aku sahabat itu penting untuk aku malah semua manusia dalam dunia ini memerlukan seorang sahabat untuk menjadi teman dikala sunyi, teman berbuah, teman meluahkan perasaan dan kasih sayang.
Beralih pula pada tajuk bicara hati ku ini, soal perasaan sukar untuk aku unggkapkan. Bicara ku kali ini ingin ku kongsikan pada anda semua bahawa aku tidak punya perasaan lagi..! Maksud ku bukan tidak berperasaan atau tidak ada perasaan lagi tetapi sejak pertemuanku dengan seorang kawan lama ku yang juga seorang lelaki yang pernah aku kenali sejak di bangku sekolah lagi. Maka aku tidak punya hati pada nya lagi. Mungkin dahulu sewaktu kami pernah berkawan baik dan pada masa yang sama aku pernah menyimbah segala isi hati ku dan meluahkan dengan air mata dan senyuman tanda “cinta” padanya sewatu ketika dahulu tetapi akhirnya musnah dengan sekelip mata. Ya, jika bicara ini tandanya bagi orang yang sedang kecewa, tapi itu mungkin dahulu kerana sekarang aku tidak akan mempersoalkan lagi tentang perasaan kecewa. Bagi ku kecewa boleh buat ku menangis, kecewa boleh membuatkan aku sedih dan kecewa juga membuatkan diriku menjadi marah dan menyimpan dendam kepada si yang mengecewakan.
Bicara ku menerusi blog ini bukan untuk menyingkap perasaan kecewa. Tetapi satu perasaan dimana ianya hadir dari dalam diri ku sendiri. Aku pernah mengalami satu perasaan dimana aku tidak mahu bercakap mahupun berbual dengan sesiapa. Tidak sedih, tidak rasa marah atau hiba mungkin aku kelihatn sugul atau orang kata “bad mood”. Mungkin juga, tetapi rasa murung atau “moody” bukannya satu perasaan bukan? Bagaimana aku boleh kata begitu, kerana moody mungkin terjadi bila seseorang itu berdepan dengan pelbagai masalah dan sesuatu perkara yang buruk berlaku sebelumnya yang menyebabkan seseorang itu rasa moody.
Bukan moody itu satu penyebab bukanlah kekecewaan itu menjadi satu perasaan. Bagi meneruskan bicara ku di laman ini, satu persoalan dalam fikiranku Adakah perasaan itu mungkin..? sukarnya untuk mengerti perasaan yang tidak tahu hujung pangkalnya. Bukan tidak ada perasaan lagi dan bukan lah diri ku ini terasa apa-apa sedikit pun tidak untuk berasa sesuatu. Sedangkan manusia selalu berkata, aku manusia yang berperasaan aku juga manusia yang ada hati dan perasaan…..ungkapan tersebut sering dibicarakan. Aku amat mengerti kata-kata itu dan aku juga manusia punya perasaan. Namun perasaan itu berbeza sekali untuk diungkapkan walaupun semuanya ada perasaan begitu.
Apa kata pula tentang lelaki itu? Yang membuatkan diri ku sudah tidak ada perasaan lagi padanya. Kerana perasaan kecewa, sedih, murung, “moody” sudah mengalir dalam sanubariku sewaktu perasaan itu mungkin terjadi seketika dahulu. Adakah perasaan itu mungkin…???

No comments:

Post a Comment